Friday, May 18, 2012

Lawatan Sambil Belajar PUSPANITA

Hari nie pegi lawatan ke Muzium TUDM, Istana Negara lama & Muzium Negara. Best pegi Muzium TUDM, dapatkan tgk kapal terbang & helikopter yg penah & sedang digunakan TUDM. kitorg request lawatan berpandu so ada Koperal Zamri & Sarjan Roslina yg bg penerangan. Jumpa la kapal terbang yg digunakan masa perang dunia ke 2 (ala yg dlm Pearl Harbor) & helikopter Black Hawk (dari jauh je sbb utk kegunaan org kenamaan) yg dalam movie Black Hawk Down. Dua- dua antara cerita perang yg aku suka & tgk lbh dari sekali. Kita boleh tgk semua kapal terbang di Muzium dari dekat. Diorang siap jatuhkan tali pameran utk kitorg ambil gmbr upclose & personal. Lepas dibawa pusing, kami dibawa melihat tayangan video mengenai TUDM & soal jawap dengan Kapten Ahmad Fitri. Bos Lt. Kol Nazri xde sbb ada pameran di Muzium Negara.

Untuk pengetahuan, Muzium TUDM terletak di tepi highway Lebuhraya Sungai Besi. Dibuka kepada orang ramai setiap hari kecuali Jumaat. Ambil gambar kahwin pun boleh. Nak buat even budak tadika & melukis pun boleh. Tapi sila ambil maklum yg muzium nie open so kitorg memang lenjun dengan peluh sebab panas terik.

Lepas di Muzium TUDM, kami melawat ke Istana Negara lama semperna Pameran Raja Kita. Yang buka untuk pameran hanya balai rong seri sahaja. Bagi aku biasa sahaja sbb aku penah duduk di bekas Istana Sultan Selangor di Labuan yg telah diubah menjadi Rumah Penginapan Persekutuan. Masa g labuan tue mmg kagum tengok rumah tue sbb besar gila & kawasan luas. Istana Negara merupakan bekas rumah orang kaya yang dibeli oleh kerajaan & dijadikan istana. Mungkin sebab tue istana tue rasa macam umah banglo 2 tingkat yang besar dan ada padang serta taman yang luas.

Tempat terakhir lawatan pergi ke Muzium Negara. Kami pergi atas cadangan Lt. Kol. Nazri sbb ada pameran di sana. Bergambar dengan helikopter TUDM lagi & senapang yang amat berat. Then masuk muzium ikut pintu keluar sebab tak larat nak pusing ke pintu depan/masuk. Masuk muzium percuma sebab ada pameran khas.

Pukul 2.30 petang bertolak balik ke pejabat. Mintak kat bos tak masuk pejabat sbb dh letih sgt + nak tengok kak ipar bersalin. Mula2 ingat nak terus pergi hospital tapi memandangkan badan dah melekit & tak selesa + mengantuk so balik rumah dulu.sampai rumah tukar baju, buka aircond dan terus tertidur. Hari yang meletihkan sebab banyak berjemur, cuaca panas dan berpeluh. Rasa macam dehidrasi sangat.

Lepas magrib baru tengok anak sedara baru. Adik kepada Aina & Ayeesha. Sian kakak ipar aku sbb caesar buat kali ketiga dan paling sakit. Doktor suggest supaya tak mengandung lagi sebab dah 3x bedah di tempat yang sama. Jadi nampak gayanya abg sulung aku ada 3 orang anak perempuan sahaja.


- Posted using BlogPress from my iPhone

0 Comments:

Post a Comment

<< Home