Wednesday, February 15, 2012

Sibuk

Masuk tahun baru 2012, ingatkan beban keje akan berkurang sedikit rupanya tidak. Mesyuarat and perbincangan melambak2 sampai tak sempat sgt buat keje hakiki.



Minggu nie je 2 hari pergi MAMPU Cyberjaya, hari ini masuk je pejabat ingat bolehla siapkan kerja yang pending tapi kena ganti bos yang EL masuk mesyuarat pengurusan atasan pulak. Opening meeting je dah 1 jam++ cerita pasal SBPA. Petang pulak ada perhimpunan bulanan + sambutan krismas & raya cina. Jadi pegawai pengiring pulak, nasib iring bos sendiri je. So, waktu tengahari & lunch pulun mana-mana kerja yang sempat. Sempatlah hantar jemputan mesyuarat, maklumbalas mesyuarat, telifon hotel minta quotation untuk mesy + bengkel di penang, survey MAMPU lagi dan minit bebas untuk bajet 2 mesyuarat. Esok ada lagi maklumbalas mesyuarat yg nak buat dan banyak lagi kerja urgent yang kena siapkan sebelum pergi Penang untuk bengkel dan sambung dengan mesyuarat selama 5 hari pada 26 Feb nie. Cuti jumaat nie dah dibatalkan sebab kena g MAMPU lagi. So plan untuk basuh rumah kuarters yang baru dapat dah tergendala.

Aku baru je dapat kuarters di Presint 17. Cadangnya nak duduk seorang tapi permulaannya harap2 dekwa boleh teman dulu. Tapi jika dia dapat rayuan uitm, mungkin tak sempatla kot. Kenala fikir nak ajak sapa untuk beberapa malam pertama tue.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home