Abah
Genap 25 hari abah meninggalkan kami semua. Tanggal 10 Julai 2015 bersamaan 23 Ramadan jam 10.35 mlm abah di ICU, HUKM Cheras dikelilingi semua anak kecuali naim, adik beradik, nek long, sepupu, anak saudara dan saudara mara abah menghembuskan nafas yang terakhir. Kami hanya bergantung kepada mesin semata-mata untuk megetahui keadaan abah kerana abah memang telah tidak sedarkan diri sejak masuk hospital dari hari selasa (7 Ogos 2015) lagi.
Kali terakhir aku berjumpa abah pada pagi Isnin, 6 Ogos 2015 di mana aku sempat salam abah sebelum aku pergi kerja dan perkara terakhir abah ckp dgn aku adalah minta tlg crk tongkat dia yg telah disorokkan oleh mak lang. Mak lang sorokkan tongkat sebab akhir-akhir tue abah asyik nak keluar dari rumah sahaja. Risau sekiranya jadi apa-apa ketika abah diluar rumah.
semasa berbuka puasa pada hari Ahad, 5 Ogos aku kongsi duit beli nasi arab Saba'. Nadi arab, antara makanan kegemaran abah. Aku served abah di meja makan dan nampak abah makan banyak.
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk salam abah sebab sejak abah sakit, abah selalu tidur selepas subuh. Mula-mula aku kejutkan abah untuk salam setiap pagi Isnin sebelum aku gerak ke kerja dari Keramat memandangkan aku cuma akan balik ke Keramat pada hujung minggu sahaja. Namun selepas ada satu pagi yang abah tersentak aku kejut dia untuk salam, aku cuma akan salam abah bila dia sedar sahaja namun pada hari-hari yang aku tidak salam mesti aku risau dan sering terfikir kalau-kalau hari itu adalah hari terakhir aku berjumpa abah. Alhamdulillah, dengan izin Allah aku diberi kesempatan untuk salam abah pada pagi Isnin itu kerana sejak dari aku mendapat whatsapp dari adikku najwa, abah sudah tidak sedarkan diri sehingga ke saat abah betul-betul pergi meninggalkan kami.
Ada orang kata abah beruntung kerana dikelilingi anak-anak dan saudara mara. Semua urusan abah dipermudahkan. Kami adik beradik tidak mengeluarkan duit langsung untuk urusan pengkebumian abah. Di hospital, RM 1,200 diperlukan untuk urusan jenazah namun dibantu oleh anak-anak tok long (sepupu-sepupu abah), dirumah duit urusan jenazah diselesaikan oleh aman, jiran hamba Allah yang tidak diketahui. Dikubur pula pakcik shah (sepupu abah) tolong bayarkan. Duit pemberian orang yang menziarah juga agak banyak. Alhamdulillah, jiran-jiran juga menunaikan hak sebagai jiran dengan banyak membantu urusan pengkebumian. Saudara mara baik yang belah mak dan abah, sangat membantu. Semua adik beradik mak turun ke Kuala Lumpur. Pertama kali dalam sejarah semua adik beradik mak dapat berkumpul di rumah kami di Keramat.
Aku juga bersyukur dapat bos-bos dan rakan sekerja yang memahami semasa abah sakit. Tiada masalah sekiranya aku ingin ambil cuti untuk check up abah dan melawat abah di hospital. Mereka juga ok masa aku maklumkan yang syarat aku tetapkan untuk majlis-majlis berbuka puasa di mana jumaat - ahad aku kena balik berbuka di Keramat. Jadi mereka cuma akan cari tarikh yang aku ada di Putrajaya sahaja tanpa banyak persoalan.
Sekiranya tahun lepas lebih dari seminggu kami adik beradik berbuka di hospital setiap hari kerana abah masuk wad pada bulan ramadan juga. Syukur kerana kami adik beradik tiada masalah komitmen untuk mak abah disaat-saat diperlukan. Akak-akak ipar pun membantu. Mak lang pun sangat membantu urusan-urusan di rumah. Alhamdulillah juga walaupun kami ini bukanlah orang senang sangat namun dari segi kewangan, abang-abang terutama abang nizam & nazim amat membantu.
Sehingga hari ini masih terkenang-kenangkan abah terutama semasa memandu balik ke Kuala Lumpur. Mungkin disebabkan banyak kali yang aku memecut balik ke Keramat dari Putrajaya selepas mendengar berita-berita tidak baik dari rumah. Macam-macam difikirkan sepanjang perjalanan 40km itu terutama sekiranya menggunakan MEX.
Aku sentiasa doakan abah diampunkan dosa dan tergolong di dalam golongan orang yang beriman. Ya Allah, rahmatilah abah dan kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihaniku ketika aku kecil. Amin
Al-fatihah untuk abah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home