No tittle...
Semalam aku balik awal.. pkul 7 aku dh cabut. Biasala, sejak sebulan dua nie aku dah malas nk stayback. Sbb sekang pemikiran logic aku piker, buatpe stayback if tak dapat apa-apa pun. Gaji tak naik, OT pun takde.. Tambah penat adala..
Bile dah abes tgk CSI-New York, aku pun naik atas n baru perasan ada msg dari Azmah. Msg tue dhantar pada 9.30 mlm. Dia kata diorg tak balik lagi, kena tahan ngan Mr. B sampai siap. Alamak, aku kan salah sorg dari team tue. Org lain semua tak balik lagi, aku dah balik. Huhuhu… matila aku.
So, pagi tadi aku tanyala team apa jadik smlm. Nape balik lewat?. Diorg balik dalam pkul 10.30 mlm. Aku ingatkan masa aku dh nk balik tue, keje yg tak siap tinggal sket je. Yela, function delete untuk beberapa form. Before balik tue aku dh tanya PM, Azmah n Emy if ada benda lain yg tak selesai except function delete, diorg kata takde. Tapi rupenye masa diorg testing, ada lagi yg tak kena. Nasib ada bebudak team utk membantu.
Tak lama lagi company club nk anjurkan Sport Day. So, bykla pertandingan sukan. Tetiba bdk company aku aktif lak. Boleh dikatakan mana2 sukan berkumpulan tue, semua org masuk. Risau gak aku. Aku nie tak terel langsung main bowling. Dah 2 jumaat berturut g main bowling waktu lunch. Kalo dh start longkang, longkang jela memanjang. Badminton lak since sekolah menengah, aku dh tak pegang raket. Minat tue adala… Bola jaring? Ish, tak penah aku main bola jaring, bola keranjang dulu adala. Futsal lak, esok dh start latihan. First time nk sepak bola esok. Boleh ke aku nie? Boleh ke aku sepak bola tue? Ada stamina ke? Aku paling lemah rebut bola gune kaki.. aku nie apa2 sport gune kaki mmg hampeh betul expecially lari2. Futsal? Just wait n see la.
Ahad nie ada aktiviti white water rafting kt Sg. Selangor. As usual, aku nie mmg memerlukan kawan utk apa2 aje aktiviti yg aku sertai. So, takde kawan yg nk join… Kesimpulannye, ahad nie aku lepak depan tv jela. At least aku dh penah ber’water rafting even though one of my friend ckp Sg. Selangor nie lagi mencabar n yg kat Sg. Nenggiri dulu org nk beranak pun leh pegi…

0 Comments:
Post a Comment
<< Home