Wednesday, October 19, 2005

Berbuka puasa...

semalam, masa dah plan2 nk bersiap utk balik tetiba ada org tercongok kat meja aku n soh aku stay mlm tue n buat testing. aku mmg malas. jwb pun dalam nada malas. tp stay gakla sampai pkul 9. b4 tue sempat gak mkn free. heitech buat majlis berbuka puasa. sedap gakmakanannyer. suasana pun best. rasa mcm mkn kat tepi pantai lak sbb angin kuat betul.

weekend haritu join gathering budak DCK kat sunway pyramid. tapi berapa kerat je yg dtg. edah, azmah, oare, alin, azah, goroth, rizal, izad, ambok n kamarul. kire ok gakla.mule2 rasa cam tak nak g sbb dibuat pada hari ahad mlm, lastly pegi jugak. mule2 kena amek azmah kat lrt, then bersama2 ngan azmah, kitorg carik jalan ke tempat keje edah. nasib senang je jalan. tp dah dekat sampai terconfius sket. edah kata 1st trafic light masuk kiri, tp yg aku jumpe traffic light tue kekanan or terus je. then aku nmpk pizza hut. teringatla edah kata tmpt keje dia dekat ngan pizza hut. masuk je simpang tue, nmpkla bangunan warna biru. so, betulla sbb b4 pegi, aku carik kat internet map jalan nak pegi bangunan IBM Plaza. dah amek edah, edah lak kena tunjuk jln ke sunway, sbb aku mmg tak biasa kat area tmn tun dr. ismail. kitorg janji berbuka kat Hartz Chicken Buffet. makan mmg sedap. mkn buffet.. mmg kenyang tahapla. lain kali boleh g situ lagi. murah je... RM 16.90 n boleh makan apa saja. biler dah kenyang tue, semua g solat. then buat plan what to do next. ada yg suggest tgk wayang, tp lastly main bowling je. kitorg buat 2 group. dah lama tak main bowling. 1st balingan dah strike but then mmg hampeh. memanjang longkang. lastly, biler dah dapat menghilangkan badi longkang, semuanyer dah terlambat. aku dpt markah terendah.. tp takpe, group aku still menang. yey! . budak group aku yg lain mmg terel main. aku je yg tak. hehehe... dah penat2 main (penat ke???), kitorg g lepak gerai lak. tp tak lama, aku chow dalam 1030. yg lain tak tahula balik pkul brapa. anyway, i really had a nice weekend sbb semua org gamble n friendly. ada certain yg datang tue aku tak penah kenal or just kenal gitu2 je tp malam tue mmg enjoy la. bagus gak kalo gathering nie boleh dibuat lagi lepas nie... takyah pikir pasal kerja je. ada la jugak aktiviti.

semalam check saman... aduh, aku dah dapat saman pertama. saman laju. saman RM 300 tp dikurangkan ke RM 150. nak raya nie dapat saman lak. abis budget aku. tp yg aku risau, lesen aku nie P lagi. next week baru dapat lesen penuh. hopefully takde masalahla kalo aku nk tukar lesen nanti.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home