Tuesday, December 21, 2004

Nik Sasliza dan Arief......

Hari ahad haritu dapat jugak aku g majlis kak nik walaupun byk rintangan. beriye jugak aku nak g, aku pun tak tahu nape. walaupun oare ngan ieja tak g, aku g jugak. dgn tak tahu jalannyer, aku cuba tanya orang tp aku mmg tak tahu jalan tue. kalo dlm peta kat kad kawin tue tunjuk kena buat u-turn kat Plaza Phoenix, aku mcm penah nmpk plaza tue tp tak ingat camner nk g sana. so, aku cuba la kontek2 org. kontek abg najmi dia ckp takde kenderaan, kontek kak nana dia kata dia tak g sbb adik dia kawin gak mlm tue, oare lak tahu jln tapi tak sure nk g ke tak lastly aku kontek abg bob. abg bob kata follow je dia. ok la tue.. so, bile sampai hari yang dijanjikan tetiba nana kata dia kena amek mak dia kat KL Sentral so lewat sket. aku tak kesah sgt dia lmbt, asalkan ada gang. janji pkul 10 pg kat kedai abg bob tp pkul 11.30 baru sampai. nasib abg bob ngan kak mcnie relaks je. lega sket hati. then jumpe cipis ngan a.najmi. rupe2nye cipis dah tak bwk kete lagi, now dia jadi mat skuter lak. patutla a.najmi kata takde kenderaan. cipis ngan walank naik kete aku, a.najmi g naik moto. so, cipis la yg kena drive. sbb aku malas nak drive kalo ada org lain yg leh drive.. hehehe

sampai kat umah kak nik, a.bob tak sampai lagi. rupenyer still melilau carik umah abg kak mek jah. nasib kitorg g terus, tak follow a.bob. so, sampai2 sana terus mkn sbb budak laki lapar. sedap jugak lauknyer.. then g bilik pengantin sbb a.najmi nak balik awal, ada kenduri kat Melaka. uish.. kak nik mmg cantikla, baju pun lawa... dah kurus sket. masa makan beradap tue, kitorg semua (kak jah, kak mcnie, nana n aku je) sibuk gelakkan a. arief sbb dia mkn semua licin. maksud aku nasi ngan air dia.. okla.. tak kontrol. muke pengantin, dua2 muke happy. senyum je memanjang... alhamdulillah, moga bahagia hingga ke akhir hayat. selepas dah amek gmbr n makan, kitorg g lak umah kak nana. tgk adik dia kawin. muda lagi adik dia yg kawin tue. baru 20 thn. tp dah jodoh..

semalam bersamaan ngan isnin, 20 Disember 2004. mak, abah ngan mak lang berangkat ke Mekah. Ramai gakla yg menghantar. Mak busu. pakcik, pak oda, nenek, tok mek, mak teh pun ikut hantar ke Kelana Jaya. Jiran2 semua datang umah sebelum bertolak. Hmm.... mule2 ingat oklah, takde apa2 tp biler bersalam2 sebelum parent aku masuk tue, tetiba sebak dan mengalir air mata. aku tgk abg n adik aku yg ganaz pun menangis gak. tak tahula.. tp mmg sedih. Dik Wa paling kronik sekali... yela, dia mana penah berjauhan ngan parent aku tue. kurang2nye kitorg yg dah besar nie penah dok asrama. kesian kat dia... balik tue makcik aku perli, "aik... ingat tough, tp tadi tgk semua nangis.. hero hero pun nangis". sabar jela. Hmm.. biler parent ngan mak lang takde, bertambahla tanggungjawab aku. even tok mek aku stay kat umah tp aku rasa semua org tak mengharapkan dia sbbnyer nenek aku yg nie kelam kabut sket. hahaha.. kalo tgk dia, mesti nk tergelak.

hari nie mood aku mendung sket. sebabnyer tak diketahui... tak tahula nape, yg aku tahu, hati aku tak sedap. drive pun slow je.. dah la kena g Nationwide sampai 2 kali. Pagi tadi dah g skali n skang nie pun aku kat Nationwide, after lunch tadi g skali lagi. Bengang gak aku. maybe tu yg menyebabkan mood aku mendung sket kot. takpela, kalo aku g Nationwide, aku leh balik awal. mmg selalu camtue. hah, baru aku teringat, salah satu sebab lagi nape mood aku kureng.. tadi masa aku balik Heitech kjap, PM aku ckp aku takleh claim. dia nk bincang ngan bos dulu pasal claim aku n nak carik cara spya aku dpt claim. aku ckpla kat dia, che mat kata aku leh claim, but dia kata keje kontrak mmg takleh claim. sedih plus bengangla.. bayangkanla aku dah g Nationwide je dah 6 kali and 5 kali tue aku drive. 1km = 55 sen. Jarak Nationwide ke Heitech = 15 km. Pegi balik dah 30 km. So, 30 x 0.55 x 5 = RM 82.50. tue tak termasuk aku g Hotel Mutiara lagi. Aku rasa jarak Hotel Mutiara tue adala dalam 30 km dari Heitech. hmm.... kalo tak leh mintak claim, mmg diorg naya aku. korg semua doakanla aku dapat claim k.



0 Comments:

Post a Comment

<< Home